Tuesday, 21 June 2011

konvo oum 18 jun 2011

Pada 18jun lepas aku selamat bergelar seorang graduan...(heheheh,betul ke ayat aku ni?)..Majlis konvokesyen diadakan di PWTC,aku cuma pergi bersama cik asben,tak berani nak bawak anak-anak,takut si bujang aku meragam...tak ke haru nanti...kami bertolak kul 10 dari rumah,perjalanan lancar aje..kul 11.30 sampai la ke tempat kejadian...masa tu ramai sangat orang coz sidang pagi dah selesai...masa tu aku tengok ramai yang bawak anak-anak...mula lah aku jadi sayu...teringat kat anak-anak aku..Sepatutnya aku bawak depa sebagai tanda penghargaan aku diatas pengorbanan depa...air mata pun mula lah bergenang...tapi control takut make up comot...
Terlalu besar pengorbanan anak-anak aku,(pengorbanan cik asben cuma membenarkan aku sambung belajar aje...heheheheheh)Si bujang Amjad Naufal..cukup aje 44 hari,dah aku tinggalkan kerana pergi tutorial...si kakak Auni Humayraa yang selalu semput...aku letak sepenuh kepercayaan kepada keluarga untu dijaga...sakit demam...kini mama dah buktikan bahawa there is no bounderies dalam mencari ilmu.Jika mama boleh melakukan dikala usia menjelang 40 thn...anak-anak mama pasti melakukan lebih dari itu...mama ingin menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak mama...

No comments:

Post a Comment